Monday 28 May 2012

Tips untuk Diet...


  1. Kawan baru
    Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.
  2. Pencapaian anda sendiri
    Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
  3. Bayangan masa hadapan
    Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?
  4. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
    Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.
  5. Berasa semakin sihat
    Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

No comments:

Post a Comment