Baru-baru nie saya perlu membuat satu tugasan iaitu dokumentari tentang permainan tradisional semakin dilupai oleh masyarakat zaman kini.Kumpulan kami terdiri daripada 3 kaum iaitu melayu,cina dan india..Inilah first time saya satu kumpulan dengan pelbagai kaum,budaya dan bangsa..
Mengenai permainan tradisional...
Pada pendapat saya permainan tradisional adalah permainan warisan zaman-berzaman..Dimana permainan yang dicipta oleh nenek moyang kita dahulu dengan menggunakan benda di sekeliling mereka.Apa yang mereka jumpa mereka cuba mengaplikasikan benda tersebut menjadi satu permainan.Hal ini kerana zaman dahulu teknologi tidak lagi berkembang.Contoh permainan tradisional ialah gasing,congkak,batu seremban dan lain-lain.
Tapi zaman sekarang memang susah untuk kita melihat permainan tradisional dimainkan kecuali disebabkan oleh persembahan atau pertandingan.Jarang kita melihat mereka bermain hanya untuk suka-suka.
![]() |
![]() |
gasing |
![]() |
wau |