Monday 28 May 2012

ABOUT ME tyrahillani

INTRODUCTION ABOUT MYSELF


NAMA SAYA NIK ATHIRAH ILLANI BT NIK WAN DAN BERUMUR 20 TAHUN, SAYA MENGAMBIL KOS EKONOMI DI UKM DAN BERCITA-CITA DAPAT BERJAYA DALAM SETIAP SUBJEK YANG SAYA AMBIL.

FEP
YOUTUBE

Tips untuk Diet...


  1. Kawan baru
    Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.
  2. Pencapaian anda sendiri
    Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
  3. Bayangan masa hadapan
    Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?
  4. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
    Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.
  5. Berasa semakin sihat
    Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

PAVLOVA

Pavlova (Pav) is a meringue cake that has a light and delicate crisp crust and a soft sweet marshmallow center. This lovely dessert is typically served with softly whipped cream and fresh fruit. There is a long standing debate about whether New Zealand or Australia invented this dessert, which has yet to be resolved. What we do know is that the name, Pavlova, was chosen in honor of the Russian ballerina, Anna Pavlova, who toured both New Zealand and Australia in 1926.

A Pavlova is a meringue, and it is important when making any meringue that the egg whites reach maximum volume, so make sure your mixing bowl and whisk are clean and free of grease. Since we need just the whites of the eggs, the eggs will need to be separated. It is easier to do this while the eggs are still cold. Once separated, cover the egg whites and let them come to room temperature before using (about 30 minutes). Cover and refrigerate the egg yolks for another use. I like to use superfine sugar (castor) when making this meringue as it dissolves faster into the egg whites than regular granulated white sugar. You can make your own by processing 1 cup (200 grams) granulated white sugar in your food processor until very fine, about 30 - 60 seconds.



Annoying payback friend please keep the change or die!
annoying payback friend please keep the change or die
Perfect match.
cerita-cerita menarik di seluruh dunia untuk dikongsi bersama



Di Zurich, Switzerland, seorang pekerja insuran kehilangan kerja selepas melayar laman web rangkaian sosial terkenal, Facebook ketika cuti sakit, kata majikannya. Wanita berkata dia tidak dapat bekerja di hadapan komputer kerana perlu baring dalam gelap tetapi kemudian dilihat ‘aktif’ dalam Facebook, dengan majikannya, Nationale Suisse berkata dalam satu kenyataan mendakwa ia telah menghilangkan kepercayaan kepada pekerjanya.
(So, jangan tipu sakit untuk chatting sebab bos-bos sekarang ini memang aktif dalam Internet, percayalah)

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai...

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Hanya Ingin Mengingatkan ….
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya