Wednesday 4 April 2012

Kehilangan seseorang...

Pada 31 mac 2012,aku mendapat mesej daripada abgku mengatakan yang moyangku telah meninggal dunia pada 11.30 mlm. Saat itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya hati ini kerana tidak dapat melihat arwah. Arwah meninggal di hospital disebabkan ususnya telah pecah dan doktor tidak mampu melakukan ape2 lagi. Ketika itu,aku berada di UKM dan keluargaku dan juga arwah berada di Kelantan. Pada keesokan harinya,aku baru bertolak balik ke kelantan. Aku terpaksa batalkan semua program dan terpaksa ponteng kelas.

Walau bagaimanapun,aku tak sempat melihat jenazah arwah dan memberikan ciuman terakhir kerana aku masih dalam perjalanan pulang ke kampung. Itu yang membuatkan aku sedih dan dalam masa yang sama aku tak mampu untuk buat ape2. 

Mengenai arwah..
Dia seorang yang agak lucu dan suka memasak. Aku suka masakannya.Aku dan family kerap kali jugak menjaganya time die sakit. Dan ada satu barang yang diberikan oleh arwah masih aku simpan. Itu merupakan hadiah untuk aku. Terima kasih buatnya.Kami sekeluarga akan merinduinya...

Al-fatihah buat arwah..
Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Amin...

about green technology