Monday, 28 May 2012




yellowdog.gifcow1.gif
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum


CERITA MENARIK
CERITA 1
rm1.jpg

rm5.jpg
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..



Gambar Pelik dari Zaman Dahulu
Selamat malam semua… Seperti kita tahu sejak zaman dahulu sehingga sekarang, bermacam-macam perkara aneh telah berjaya di tangkap dengan menggunakan kamera zama dahulu yang mungkin tidak secanggih kamera pada zaman sekarang… Tetapi ianya sudah cukup dan memadai untuk dipertontonkan pada generasi hari ini yang menggunakan kamera untuk aksi seperti ini… Untuk itu entrymalam ini akan berkongsi antara koleksi gambar-gambar pelik pada zaman dahulu…

Koleksi cerita lucu...


CITA-CITA TINGGI...


Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

Thursday, 24 May 2012

Permainan Tradisional semakin dilupai...

Permainan Tradisional...

Baru-baru nie saya perlu membuat satu tugasan iaitu dokumentari tentang permainan tradisional semakin dilupai oleh masyarakat zaman kini.Kumpulan kami terdiri daripada 3 kaum iaitu melayu,cina dan india..Inilah first time saya satu kumpulan dengan pelbagai kaum,budaya dan bangsa..


Mengenai permainan tradisional...
Pada pendapat saya permainan tradisional adalah permainan warisan zaman-berzaman..Dimana permainan yang dicipta oleh nenek moyang kita dahulu dengan menggunakan benda di sekeliling mereka.Apa yang mereka jumpa mereka cuba mengaplikasikan benda tersebut menjadi satu permainan.Hal ini kerana zaman dahulu teknologi tidak lagi berkembang.Contoh permainan tradisional ialah gasing,congkak,batu seremban dan lain-lain.


Tapi zaman sekarang memang susah untuk kita melihat permainan tradisional dimainkan kecuali disebabkan oleh persembahan atau pertandingan.Jarang kita melihat mereka bermain hanya untuk suka-suka.


Tapi bila diingatkan kembali zaman kanak-kanak,kita sangat rindukan waktu itu..sebab di situ kita mendapat kawan,kita mengetahui sesuatu,berkongsi pengalaman dan macam-macam..

gasing

wau
Sekarang mereka lebih kepada permainan moden...Budak2 sekarang sudah pandai main laptop,tablet la,iPhone la..macam-macam la dieorang..Oleh disebabkan itu permainan tradisional seolah dipinggirkan oleh masyarakat di era globalisasi kini......TAPI bagaimana nak mengatasi masalah ini???Jom fikirkan sama-sama...huhu..:)


Saturday, 19 May 2012

...KATA-KATA HIKMAH...
Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.


Kata-kata Hikmah Pujangga

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Tuesday, 10 April 2012

Cuti midsem..

Salam semua...

Alhamdulillah sampai jugak kat rumah ku..Dapat jumpa ma,ayah,adk-beradik n ank sedara..Walaupun cuti tak lama but dapat la lepaskan rindu kpd keluargaku..Bila da sampai kat umah,segala tension yang ade kat kepala semuanya hilang...hehe..

Lepas tu pulak,dapat bermain dgn anak sedara yang comel 2..dapat tengok keletah si bdk kecil..sgt rindu kan dieorang bila kat UKM..Selain tu,dapat merasa masakan terbaekkkk punyer buatan ibu ku tersayang..haha..dah lama tak makan masakan ibuku..

Cuti sem nie..tu je la aktivitinya...selain bersama keluarga,keluar ngan  kawan2..n kadang-kadang tolong kakak ku buat kek..sebab kakak ku nie jual kek,cupcake n coklat...Lepas 2 ape lagi,amik la kesempatan sikit..dapat la makan kek yang sedap2..hahaha...tu je la citer untuk arinie...nati kita sambung lagi ok...BYE....